Followers

Selasa, 8 Ogos 2023

KHASIAT BUAH DURIAN KEPADA KESIHATAN

SIAPA yang tak pernah rasa buah durian? Bolehlah try power khasiat buah durian yang saya share ni. Walaupun ada yang kata bau dia macam keju busuk.. tapi jangan main-main, durian ni bukan main sedap je.. tapi juga ada banyak manfaat sihat.

 

Ini la Durian - Raja Buah


Jangan tak tahu, buah durian ni tak main-main punya khasiat yang baik untuk badan kita. Nak tau apa power durian ni? Meh baca sikit.


 Klik gambar atas untuk tonton video 


Empat Power Buah Durian yang Buat Badan Kita Hebat:

 

Pertama: Semua Nutrien Ada Dalam Durian

Kalau makan banyak sangat, memang boleh muak la. Kadang-kadang ada orang cakap makan durian tak sihat. Tapi sebenarnya, dalam durian ni ada macam-macam nutrien penting. Ada lemak sihat macam dalam alpukat tu, yang membantu badan serap vitamin A, D, E, dan K. Tapi jangan la makan berlebihan pulak ya.

 

Kedua: Buat Tekanan Darah Jadi Kool

Power tau, durian ni punya banyak potassium. Dia punya tugas kawal tekanan darah tinggi. Kalau tak cukup potassium, boleh la jadi penyebab utama penyakit jantung. Potassium juga relaxkan dinding saluran darah, turunkan tekanan darah. Jadi, bagi yang rasa jantung tu kawan baik, jom la makan durian.

 

Memang sedap rasa dia..!!

Ketiga: Vitamin C Pun Ada Berjuta

Durian ni lagi kaya vitamin C dari buah tempatan lain. Vitamin C ni champion la kalau cakap pasal vitamin. Kurang vitamin C boleh buat sendi sakit tau. Tapi kalau makan cukup, boleh kurangkan risiko sakit kanser. Jadi, jom la habiskan durian yang ada.

 

Keempat: Buang Angin Tak Payah Risau

Selain serat yang banyak dalam durian, ada gula semulajadi yang baik untuk bakteria dalam perut kita. Macam jadi prebiotik gitu. Buat bakteria dalam perut senang kerja, selamatkan pencernaan dan usus kita.

 

Buat bubur kacang pun sedap nih!


Dah la.. itu dia power durian yang tak boleh dipandang rendah. Jadi, walaupun ada yang tak berapa suka rasa dia, jangan lepaskan peluang rasa khasiatnya.

Ingat tau, makan dengan sederhana je, tak payah la terlampau excited.. hihi.. ada yang terliur ke??


Dzul.Bahri DND ELITE
Jenjarom, Selangor

Arkib Blog (Sila baca dengan tenang)

SAKIT KAKI OTOT KOYAK! - TESTIMONI DND369 Sacha Inchi Oil

Jom layan cerita menarik ni! Puan Habibah Kamaruddin dari Sg. Udang, Klang ni umur baru 45 tahun. Ceritanya, beliau dah setahun amalkan E-Sa...